Tadi Seng telefon, dengan suara seperti orang menjual vcd pirates, "Confirm ke next Sunday?"
Aku senyum. Dia takkan nampak senyuman aku. Kalaupun nampak dia pasti takkan faham. Biasalah lelaki. Lagipun apa yang dia mahu adalah jawapan dari aku samada ya atau tidak, itu saja. Lalu aku jawab, "Confirm!"
Nampaknya dia faham. Kemudian kami (sebenarnya Hadi) menggesa dia memandu Toyota Viosnya untuk ke Putrajaya. Hari itu adalah hari kami. Apa salahnya kami mendapat layanan sehebat itu? Aku tidak memaksa dia membawa BMW 5series, cuma kami tidak mahu memandu pada hari terulung itu. Dia nampaknya keberatan tetapi daripada perbualan tersebut keputusannya sudah memihak kepada kami 70%. Aku gembira.
Hari itu aku bakal melangkah ke dewan terhebat itu secara solo. Hadi juga bakal menerima nasib yang sama. Aku malas hendak bertanya Iwani, Hakim, Ida atau Haider. Biarlah tuhan menemukan kami secara kebetulan. Lagipun aku paling suka peristiwa yang bernama kebetulan. Nanti orang tidak akan sempat hendak berpura-pura, segala-galanya transparen waktu itu.
Pun aku malas hendak bertanya Lee. Daripada mesej kelmarin dia nampak keberatan. Aku faham situasinya. Kami dulu, tidak pula sibuk-sibuk hendak bertandang ke majlis orang. Jadi aku agak orang juga tidak akan bersesak-sesak di majlis aku.
Ulang kali aku membaca terma-terma dan syarat memasuki ruang tersebut. Memakai baju kebangsaan, bertudung hitam bagi yang bertudung, dan kasut hitam. Rasanya aku perlu mencari sepasang kasut yang baru. Rasanya malam ini atau esok aku perlu ke One Utama. Ke mana lagi aku tuju, semua orang tahu tempat aku berumah tangga, di sanalah!
Setakat ini aku belum mengharapkan sesiapa meraikan bersama aku. Cukuplah ada Hadi. Cukuplah ada Seng yang akan menjaga hanphone dan kamera kami (sudah pasti tidak akan tertinggal di rumah). Jika senarai relatives ditambah aku rasa keadaan akan jadi tidak gembira. Aku pasti. Dan perasaanku sekarang tidak menunjukkan apa-apa. Mungkin aku perlukan masa.
81 Hari lagi bakal bertemu Ramadan Kareem...
-
Assalamualaikum,
Semoga ALLAH SWT memanjangkan usia kita untuk bertemu Ramadan yang mulia..
Tidak pasti lagi bagaimana cara kita raikan Ramadan pada tahun...
3 years ago
4 comments:
Macam ade ape² jer..? Big event ker..? kongsi la..
datang picc hari ahad ok, bwk bunga hehehe
SORY..lambt tau..piza de konvo UNITAR kt PICC yer.. Congrats!! :)
Congrates Fiza :)
Post a Comment