Tuesday, June 10, 2008

khabar dari kk

f a d i l a h, kawan lama saya dari kota kinabalu datang ke kl atas satu urusan seri paduka baginda. oleh kerana saya gagal menghadirkan diri semasa upacara tersebut jadi saya mengambil keputusan untuk bertemu dia di tempat penginapan rasminya di jalan kelang lama. walaupun sudah melepasi waktu puncak tapi dia dan kaum kerabatnya tetap menunggu saya. inilah wajah fadilah selepas 5-6 tahun kami membawa haluan masing-masing. dia sudah banyak berubah. satu sahaja yang belum berubah dan tidak akan diubah; dia tetap peminat britney spears!
inilah wajah-wajah kaum kerabat fadilah yang diangkut dari kota kinabalu. sampai ke hari ini saya masih mencari-cari; mana satu jejaka yang sudah ditempah oleh fadilah? saya harap fadilah berjaya dalam walau apapun bidang yang diceburi.

ini foto request dari kawan-kawan fadilah (maaf ya saya terlupa nama-nama kamu). inilah wajah mereka yang gembira menikmati megi goreng dan teh o ais.
"yes! muka kita masuk majalah!" kata pemuda berkemeja putih itu.

"eh... bukan keluar tv ke?" tanya rakan di sebelahnya.

"masuk blog jelah." saya menjawab sambil tersenyum sumbing.

4 comments:

Anonymous said...

kim salam kt dillah =)

F I Z A F E said...

dilah ada baca kot komen ni... dilah mumtaz kem salam hehe

Lady Mira said...

fiza...
bz sangat ker?
xnampak online pun?
new entry?

Anonymous said...

sorry..late reply
life is so hectic with new job
to answer your question
kampung nenek : pulau punang
kampung mak ayah : kedah
kampung sendiri : bangsar :))

photographer, yes?