Wednesday, November 21, 2007

Angkasawan?

Aku mengantuk! Sungguh. Mata aku semacam sepasang magnet, asyik melekap. Kadang-kadang aku sempat bermimpi-mimpi sedangkan jari-jari menekan keyboard hitam ini. Kadang-kadang aku macam terdengar lagu Love Today. Sayup. Makin lama Mika makin nyaring dan magnet mata akan renggang secara tiba-tiba. Rupa-rupanya Music Express itu betul-betul berdering, dari bawah meja. Cepat-cepat aku capai dia yang terbaring atas lantai berkapet coklat tua tersebut. Hadi? "Oi!”

Rupa-rupanya Hadi nak khabarkan di traffic light Datuk Sulaiman sana dia nampak kereta angkasawan kita. Bukan keretanya sahaja, angkasawan tu pun ada. Cepat-cepat aku bertanya, " Kereta apa?". CLK 200 silver. "Doktor tu di Datuk Sulaiman? Dia tinggal kat situ ke. Tapi orang kata dia orang Negeri Sembilan. Tiba-tiba aku jadi kelam kabut. Angkasawan kita tampan betul, semua orang tahu, dan aku salah seorang yang meminatinya sebelum dia menyertai misi terulung itu.

Jadi bagaimana Syeikh Muszaphar itu? “Tinggi! Boleh agak ketinggian dia dari dalam kereta tu!” Aku terpisat-pisat, "Oooo." Hairannya, kenapa aku tidak pernah terserempak dia? Kalau dia tinggal di Datuk Sulaiman mungkin peratus Hadi yang tinggal di Openg tu lebih tinggi untuk terserempak dengan dia atau kereta dia dengan lebih kerap lagi. Jadi aku di Aminuddin Baki ni mungkin tidak akan terserempak langsunglah. Atau kalaupun doktor tu berhasrat One Utama dan ikut Burhanuddin Helmi ni, mungkin akan terserempak. Tapi pelik juga kenapa akhir-akhir ini aku sering membeli majalah-majalah yang mempamerkan wajah dan cerita tentang dia. Tidak pernah aku menghabiskan duit membeli ******, ######, dan ^^^^^ sebelum ini. Apa yang pasti aku sudah dapat nombor plat kereta dia. Nanti aku akan check berapa banyak saman DBKL yang doktor ini pungut. Angkasawan juga tidak terkecuali membayar parking kereta, semua orang tahu.

Semasa makan di Rasta rata-rata orang disekitar meja kami ialah golongan yang kami beri nama 'rich kid'. Berborak, bersembang, bertekak tentang perkara-perkara seperti; “This f**king spanker spitting us” atau “Damn Hussein kissing my b**t!” Aku sebenarnya langsung tidak kisah pada suasana kerana menikmati sepinggan Nasi Goreng Melayu yang berminyak dan pedas ni memerlukan kosentrasi yang tinggi. Kalau tidak aku akan mengamuk… Bukanlah! Takkan makanan pedas pun aku nak mengamuk. Tapi si Hadi yang sungguh cekap menangkap perbualan orang yang seumpama mereka ni akan kerap pause makan.

“Aku memang tak boleh join dengan budak-budak Taman Tun ni.”
Aku mengangkat muka. “Habis nak join sapa?”
Dia menggeleng. “Budak sivik kot…”
“Geek?” Aku menambah.
Dia tersengih. “Iye kot! Atau loner.”
Aku tersengih. “Atau dalam bahasa paling mudah Billy Corgan???”
Dia ketawa. Dia faham maksudku.

Habis sepinggan nasi goreng dan kuey tiow sup tu kami pun beredar dari Rasta kerana makin banyak lalat-lalat junior yang mula hinggap. Kami sudah dewasa, eloklah beransur.

Ps: Doktor tu ada beberapa parking compound, kesemuanya di area SS 20. Kemungkinan besar dia tidak tinggal di Taman Tun.

Tuesday, November 13, 2007

Kisah Zila

Dulu semasa zaman kecilku, kami selalu bertiga. Aku, Chik dan sepupu kami Zila. Kami menghabiskan masa bermain basikal bersama-sama, mencari ibu ‘makyong’ di dalam pasir di bawah rumah Tok. Kadang-kadang kami mandi di sungai kecil di hujung bendang terbiar. Sebenarnya untuk ke tempat-tempat kusebutkan tadi bukannya dekat. Kami merentas denai kecil yang berselut dengan basikal BMX kami. Dengan bekal makanan yang penuh disumbat ke dalam beg sekolah kami berjaya mencari tempat tersebut. Walaupun jauh ke dalam hutan tapi kami tidak pernah mengenal makna takut. Pelik.

Di sungai kecil itu kami mencari ikan-ikan kecil. Kami pernah di ajar oleh Tok untuk menangkap ikan-ikan kecil, apa yang perlu hanyalah sehelai T-shirt lama yang tidak digunakan lagi tetapi keadaannya mesti masih baik, tidak berlubang-lubang atau terkoyak. Kemudian seorang dari kami memegang 2 penjuru dan seorang lagi memegang 2 lagi penjuru lain. Kami mesti turun ke sungai dengan langkah seperti seorang puteri. Puteri? Kami ketawa sendiri. Kemudian dengan menggunakan T-shirt itulah ikan-ikan kecil terperangkap. Sebenarnya aku tidaklah berkira sangat, T-shirt lama atau baru aku akan gunakan untuk mencari hasil. Apa bezanya, nanti ke sungai itu juga kami mandi, bermain air, terjun terbalik, main pasir, T-shirt itu juga yang kami pakai.

Selalunya Chik orang pertama yang akan naik ke darat. Dia selalu terdengar orang bercakap-cakap. Kadang-kadang dia dengar suara orang berbisik-bisik. Aku malas menghiraukan apa yang didengari. Bukannya malas. Aku enggan suasana seronok bermain sungai hilang. Bila Zila mula takut dia akan mula menangis. Aku tak suka keadaan tersebut. Bagi aku kalau kami berani merentas hutan sebegitu jauh kenapa perlu takut dengan bunyi-bunyian yang kita sendiri tak nampak.

Zila sebenarnya seorang yang hidupnya seperti lalang. Bergoyang ke sana-sini. Sebentar saja dia boleh ubah keputusannya. Mula-mula dia beria-ia hendak naik ke bukit, melihat keadaan rumah Tok dari atas bukit. Akulah orangnya yang akan mencampakkan baju lama Tok yang berwarna terang ke atas bumbung rumah supaya kami dapat mengecam dengan senang rumah Tok. Bila-tiba-tiba Makcik Yong datang ke rumah membawa sepeket Mamee Monster besar, dia terus sakit kaki, kadang-kadang boleh demam mengejut. Aku tak suka menghadapi situasi itu dulu. Selalunya bila dia berlakon begitu kami akan cepat-cepat pergi.

Akupun sebenanrnya cepat bosan dengan orang seperti Zila. Terlalu mudah mengalah. Kadang-kadang dia langsung tak dapat membuat keputusan. Aku pelik dengan orang yang begitu. Dulu aku dan Chik penggemar Majalah Dewan Pelajar, manakala Zila pula pelanggan Bambino. Kami sering bertukar-tukar majalah. Suatu hari aku ternampak wajah kawan lamaku di tadika dulu pada majalah Bambino. Aku excited! Kemudian aku suruh Chik menyalin alamat kawan lama tersebut. Tiba-tiba Zila mencelah. “Saya takut mak marah.” Aku terkejut. Mak marah? Apa kaitan kawan aku dengan mak dia? Aku bukan nak ambil majalah Bambino tu, aku cuma nak ambil alamat kawan aku. Tapi dia tetap berkeras. Sejak itu kami renggang. Aku hairan macammana cara dia berfikir waktu itu.

Selepas kejadian tersebut aku mula meluaskan rangkaian dengan budak-budak kampung yang seusia. Kami mula berkawan dengan Yati dan Shela. Seronok bermain dengan mereka waktu tu kerana meraka bermain masak-masak; satu permainan yang bagi aku dan Chik ialah baru dan begitu feminin. Walaupun masak daun rambutan tapi bau masakan tu macam rendang ayam.

Kemudian kami bosan. Permainan macamtu sebenarnya membosankan bila selalu diawasi orang dewasa. Maklumlah bermain dengan api. Aku mula memfokuskan dengan permainan Combat. Setiap seorang ada machine-gun dan bullet. Aku seronok bermain dengan budak-budak lelaki tapi tidak bagi Chik. Dia tidak tahan masuk hutan semak. Badan selalu gatal-gatal sampai akhirnya dia demam. Tetapi tidak bagi aku. Aku tidak percaya berjaya memanjat pokok tinggi dan bersembunyi di atas. Cuma aku tak tau nak turun balik. Tetapi bagi budak-budak lelaki- tak tau turun pokok satu kelemahan yang patut diatasi secepat mungkin. Aku rasa terpaksa, dan dipaksa. Kemudian aku perlahan-lahan tinggalkan permainan tersebut.

Entah kenapa aku seringkali teringat zaman kecilku. Waktu kami sibuk mengayuh basikal. Waktu kami bermain sungai. Waktu menghitung duit raya. Zaman itu terlalu cepat berlalu. Sungguh pantas sehingga akupun tidak sedar bila diri aku sudah berubah menjadi seorang gadis remaja. Gadis remaja; baruku tahu apa maksudnya.

Zila sepupuku berubah menjadi seorang gadis yang sungguh pemalu. Kami terpisah. Sesekali bertemu dia seakan-akan bercakap dengan kenalan baru. Tetapi topik yang akan membuatkan kami lupa pada dunia tentulah tentang subjek-subjek dan keputusan peperiksaan. Gred yang diperolehi dan berapa banyak pingat yang diperolehi semasa hari sukan sekolah. Selalu kami bertukar-tukar soalan peperiksaan. Tetapi itu aku, kami sebaya, jadi tiada masalah sebenarnya.

Tetapi bagi Chik, Zila terlalu pasif. Chik dibesarkan dalam kehidupan sekolah berasrama yang menuntut banyak pengorbanan. Membasuh baju, menggosok baju, menjaga barang-barang sendiri, mengaturkan perbelanjaan sendiri. Zila pula dibesarkan sebagai anak tunggal yang manja dan terlalu rapuh perasaannya. Pergi sekolah dihantar dan diambil, ke tuition pun berteman, membeli bahan untuk projek sekolah pun bersama ayah. Aku tidak tahu bagaimana perasaan seorang anak manja yang mendapat perhatian sebegitu rupa dari ibu bapa. Entahlah kami cemburu atau apa, tetapi jauh di sudut hati aku tidak mahu menjalankan kehidupan seperti itu.

Aku pernah bertanya Chik; nak ke buat kerja sekolah ditemani oleh ayah atau emak? Dia ketawa. Bagi dia yang biasa berjauhan dengan keluarga, layanan sebegitu rupa tentu sekali menjadi bahan ejekan kawan-kawan. Bagi diri aku sendiri bagaimana Zila hendak berdikari nanti. Rimas dan lemas. Suffocating!

Aku. Mengalami perubahan yang berbagai-bagai. Susah juga nak diterangkan. Apa yang pasti aku menjadi individu yang begitu mementingkan kawan-kawan. Kawan datang. Kawan pergi! Tetapi aku seorang yang tidak pernah lupa kawan. Walaupun sesuatu persahabatan tu putus, tetapi aku tetap tidak dapat melupakan nama atau wajah atau peristiwa bersama mereka. Sejak dulu lagi, itulah satu-satunya aku rasa anugerah yang tidak ada pada orang lain. Tiba-tiba otak ku rasa beku. Kisah Zila sebenarnya belum habis. Nanti aku sambung lagi.

Monday, November 12, 2007

Soma

nothing left to say and all i've left to do is run away from you and she led me on down with secrets i can't keep close your eyes and sleep don't wait up for me hush now don't you speak to me wrapped my hurt in you and took my shelter in that pain the opiate of blame is your broken heart, your heart so now i'm all by myself as i've always felt i'll betray my tears to anyone caught in our ruse of fools one last kiss from me...yeah one last kiss good night didn't want to lose you once again didn't want to be your friend fulfilled a promise made of tin and crawled back to you i'm all by myself as i've always felt i'll betray myself to anyone lost anyone but you so let the sadness come again on that you can depend on me until the bitter, bitter end of the world when god sleeps in bliss and i'm all by myself is i've always felt and i'll betray myself to anyone

p/s: i love billy corgan! very much!

KAMI

KAMI? The remark brings me to the age where I was in a hostel for the first time. The utterance itself shadowing me to the times where we were ate together, bathed together, laughed together, struggled for exam together, slept together and cried together. We were quartet. Mischa, Eikin, Emie and I. It was hardly to remove the times when KAMI collapsed. We can’t throw away the memories. We proudly said: I got new clique! But we can find things wrong easily in our new friendship. I kept the book, the Business Administrative text book. It was the book where KAMI failed to buy one for ourselves. Luckily we were KAMI. We can share belongings and everything in the world where people said Sharing is Irritating. The book should have the name on it. So simple solution we took was- KAMI. That’s why I like this new age of drama series. Now everybody has changed. We are not KAMI anymore. The era of Girl Things has gone. And I bet they can’t find any KAMI outside any longer. Because I was botched, too.