Monday, December 31, 2007

Mungkin Continue...


Pukul 5.30 pagi. Mataku masih terpejam rapat tetapi telingaku jelas mendengar lagu Bitter End, Placebo yang dicuri dari handphone entah siapa (",). Mungkin mimpi. Kemudian 2-3 saat selepas itu, lagu itu lagi. Ahhh Seng! “Wei!”

“I am on my way. Why is he didn’t answer my call?” ‘He’ itu di refer kepada Hadi dan sebenarnya aku telah terjemahkan ayat di atas dari bahasa Cina kepada bahasa Inggeris. Kesian Seng. Dari Melaka terus ke KL semata-mata hendak meraikan kami. Kami yang tidak diraikan…

“Ok, aku kejut dia!”
Kemudian aku terus bangun dan mula mendail nombor Hadi. 7-8 kali. Mamat ni betul-betul tidur mati. Dia tak terjaga langsung? Kali ke 9 baru dengar suara dia. “Kenapa tak kejut?”

Wtf? “Seng dah sampai. Pergi bukak gate!”

Dan aku terus berlari ke bilik air. Mandi atau tidak? Mandi? Basuh muka sahaja? Okay aku mandi. Kemudian bersiap apa yang patut. Robe and hood (Robin hood, hehe) ada dalam Matrix. Dan aku cuma mencapai 2 pasang kasut yang jarang sekali aku pakai. Placebo bersuara sekali lagi. Mereka…?

“Okay, aku turun!!!”

Dan Seng dan Hadi sudah terpacak di depan The Golden Gate yang dah hampir nak ranap tu. “Jom! Gi McD dulu, kat PICC takde makanan.”

Dalam perjalanan aku sudah berkira-kira hendak mendail nombor Anum. Dia pasti datang dengan 2 big family (spouse’s family and her family). Aku hendak merakamkan kenangan kami pada hari itu. Suaminya yang bekerja di library Unitar itu pun kami tidak kenal habis-habisan. Lagipun dulu aku bukan suka tempat yang bernama Virtual Library di hujung Blok KLJ1 tu. Tempat tersebut tidak sesuai dengan orang seperti aku. Anum memang secocok di situ, dan jodohnya berada di situ. Tahniah Anum.

Baru aku hendak mencari namanya di phonebook handphone, tiba-tiba panggilan masuk, ‘Abang Chik’… Hmmm! Setelah bersuara sepatah dua aku menamatkan perbualan.

Yin, Aween, Izham, Iwanie, Hakim…siapa lagi? Oh perempuan Kepala Besar itu juga akan memakai jubah hari ni (aku gelar dia begitu kerana kepalanya memang nampak ketara besar dan dia ke kelas dengan memakai topi koboi). Dan Perempuan Bodoh itu juga akan naik ke pentas mengambil skrol ijazahnya (dia memang bodoh kerana mengaku admire Hadi secara terang-terang). Ramai juga yang akan memasuki Dewan Terulung pada pagi itu.

Sampai. Pakai jubah. Pilih kasut. Dan kami mencari tangga untuk ke concourse. Barisan graduan sudah mula beratur. Alamak. Kami terlambat! Lalu aku berlari ala-ala Paris Hilton untuk mencari kumpulan Fakulti IT. Merah! Biru! Kuning! Purple! Wah, jauh kebelakang rupanya. Hadi beruntung kerana kemana pun dia pergi, namanya pasti berada di nombor yang pertama. Memang bagus! Jadi dia akan berada di awal barisan. Sementara aku di nombor 57. Huh! Jenuh juga aku… Okay aku nampak Aween. Dia selalunya berada di depan aku. Pasti kali ini kedudukan kami sama juga. Dan setelah mengesahkan tempat, aku berdiri di belakang dia.

Semasa berbaris dan menunggu orang yang datang lambat, yang masuk toilet tak keluar-keluar, yang emak pakaikan jubah, dan yang bermacam karenah lagi aku dan Awin bertukar-tukar cerita. Maklumlah kami sudah lama tidak berjumpa. Dan rupa-rupanya dia akan mengikat tali pertunangan pada Hari Raya Aidil Adha akan datang. Tahniahlah kawan, masamu sudah tiba… Aku tumpang gembira.

Kami memasuki dewan dalam debar yang bukan dibuat-buat. Kemudian kami duduk. Selang 3 buah kerusi aku nampak seseorang. Ong! Handsomenya dia sekarang. Sebenarnya dia memang seorang yang handsome tetapi dulu dia seorang yang agak cemas, jadi tidak terserlah kehenseman dia. Aku masih ingat hari kami akan present Project Paper 1 kepada supervisor. Aku dan dia berkongsi supervisor, Puan Anusuyah. Jadi kami ke bilik Puan tersebut bersama-sama. Pertama, aku. Kemudian, dia. Semasa dia hendak present Aircraft System Online (aku masih boleh ingat tajuk sistemnya), dia hampir-hampir hendak tergolek dari kerusinya. Puan Anusuyah terkejut besar. Dan aku sendiri rasa cemas melihat dia. Oh Ong! Kelakarnya dia… Sistemnya dihentam habis- habisan oleh supervisor kami. Kesian dia.

Kemudian orang itu masuk, orang yang ini pun masuk, aturcara berjalan seperti tercatat pada buku aturcara yang agak tebal dan pastinya mahal. Sementara mendengar ucapan vip ini dan itu, kami berbalas-balas sms. Kasihan dan malang. Ucapan yang sepatutnya diteliti oleh bakal graduan hari ini langsung tidak sempat dijamah telinga. Kami masing-masing sedar tetapi masih tetap terpejam minda. Aween tidak sudah-sudah merungut. Ucapan panjang lebar, aturcara tidak kena, kerusi tidak selesa dan seribu masalah negara.
Biarlah, tangan aku sudah kaku. Otak aku apatah lagi…keras membeku. Tiba-tiba aku jadi sungguh takut. Takutkan siapa?

Dan kami diminta beredar ke pentas. Seorang demi seorang. Tiba di tepi tangga pembantu fotografer yang baik hati itu membetulkan kedudukan jubahku sambil berpesan. “Smile, girl! Don’t forget to bow and say thank you Tun.”

Aku? Tersengih sedikit dan menyerahkan kad biru yang tertera nama penuh kepada… entah siapa staf Unitar yang aku sudah tidak perasan lagi wajahnya. Kemudian setelah kurasa namaku yang disebut-sebut oleh mc, akupun melangkah sesopan yang mungkin. Tetapi entah kenapa aku rasa seperti sedang berlari pula. Selepas menunduk hormat, mengambil entah apa barang yang dihulurkan padaku dia mengucapkan tahniah. Aku tersenyum, aku rasa sumbing sedikit bibirku lalu patah perkataan yang keluar waktu itu adalah OK. Ok? Aku rasa macam nak pengsan. Kenapa dialog ‘ thank you Tun’ tidak keluar? Kenapa?

Tanpa lengah aku melangkah besar-besar menuruni pentas. Malunya aku. Takutnya. Kenapa harus terjadi semua ini kepada orang seperti aku. Kenapa?!!!

Dan aku malas lagi hendak mengingati apa terjadi selepas itu. Yang aku ingat Puan Sharliana dan Puan Sofia menghadiahi aku dan Hadi coklat dan teddy bear. Seronoknya. Terasa aku istimewa di mata seorang pensyarah walaupun aku bukan budak cerdik seperti Hadi. Berborak dengan mereka mengingatkan aku pada hari-hari kami di Unitar. Sungguh bahagia. Kubahagia!

Setelah bergambar (sesi wajib bagi graduan) dengan beberapa orang kawan kami pun meninggalkan Putrajaya dan menuju ke One Utama untuk membaham burger- burger yang hebat di Carl’s Junior. Dan aku sudahi cerita dengan Wassalam.

Tuesday, December 11, 2007

Capoeira






Dia Di Hatiku

Mungkin...

Tadi Seng telefon, dengan suara seperti orang menjual vcd pirates, "Confirm ke next Sunday?"

Aku senyum. Dia takkan nampak senyuman aku. Kalaupun nampak dia pasti takkan faham. Biasalah lelaki. Lagipun apa yang dia mahu adalah jawapan dari aku samada ya atau tidak, itu saja. Lalu aku jawab, "Confirm!"

Nampaknya dia faham. Kemudian kami (sebenarnya Hadi) menggesa dia memandu Toyota Viosnya untuk ke Putrajaya. Hari itu adalah hari kami. Apa salahnya kami mendapat layanan sehebat itu? Aku tidak memaksa dia membawa BMW 5series, cuma kami tidak mahu memandu pada hari terulung itu. Dia nampaknya keberatan tetapi daripada perbualan tersebut keputusannya sudah memihak kepada kami 70%. Aku gembira.

Hari itu aku bakal melangkah ke dewan terhebat itu secara solo. Hadi juga bakal menerima nasib yang sama. Aku malas hendak bertanya Iwani, Hakim, Ida atau Haider. Biarlah tuhan menemukan kami secara kebetulan. Lagipun aku paling suka peristiwa yang bernama kebetulan. Nanti orang tidak akan sempat hendak berpura-pura, segala-galanya transparen waktu itu.

Pun aku malas hendak bertanya Lee. Daripada mesej kelmarin dia nampak keberatan. Aku faham situasinya. Kami dulu, tidak pula sibuk-sibuk hendak bertandang ke majlis orang. Jadi aku agak orang juga tidak akan bersesak-sesak di majlis aku.

Ulang kali aku membaca terma-terma dan syarat memasuki ruang tersebut. Memakai baju kebangsaan, bertudung hitam bagi yang bertudung, dan kasut hitam. Rasanya aku perlu mencari sepasang kasut yang baru. Rasanya malam ini atau esok aku perlu ke One Utama. Ke mana lagi aku tuju, semua orang tahu tempat aku berumah tangga, di sanalah!

Setakat ini aku belum mengharapkan sesiapa meraikan bersama aku. Cukuplah ada Hadi. Cukuplah ada Seng yang akan menjaga hanphone dan kamera kami (sudah pasti tidak akan tertinggal di rumah). Jika senarai relatives ditambah aku rasa keadaan akan jadi tidak gembira. Aku pasti. Dan perasaanku sekarang tidak menunjukkan apa-apa. Mungkin aku perlukan masa.

Monday, December 10, 2007

Kesian dia

"Dah berhari-hari aku hilang fokus. Banyak perkara dah jadi kelam kabut. Tidur aku terganggu. Aku sebenarnya bosan!" Jerit hati kucing berbelang cantik itu.

Friday, December 07, 2007

Thursday, December 06, 2007