Thursday, January 03, 2008

Kita Yang Hampir Lupa

Akhirnya angka 8 itu muncul juga. 2008. Puas aku menahan dia dari berlegar-legar di ruang kehidupan aku, tapi kerana 'esok' pasti tiba, maka tahun baru pun berganti angka. Kalendar 2007 ku terlalu banyak cerita, terlampau banyak warna... dan banyak pula coretannya. Dan di hujung 31 haribulannya, sebaris ayat berusia 4 tahun muncul semula.