Tuesday, June 10, 2008

khabar dari kk

f a d i l a h, kawan lama saya dari kota kinabalu datang ke kl atas satu urusan seri paduka baginda. oleh kerana saya gagal menghadirkan diri semasa upacara tersebut jadi saya mengambil keputusan untuk bertemu dia di tempat penginapan rasminya di jalan kelang lama. walaupun sudah melepasi waktu puncak tapi dia dan kaum kerabatnya tetap menunggu saya. inilah wajah fadilah selepas 5-6 tahun kami membawa haluan masing-masing. dia sudah banyak berubah. satu sahaja yang belum berubah dan tidak akan diubah; dia tetap peminat britney spears!
inilah wajah-wajah kaum kerabat fadilah yang diangkut dari kota kinabalu. sampai ke hari ini saya masih mencari-cari; mana satu jejaka yang sudah ditempah oleh fadilah? saya harap fadilah berjaya dalam walau apapun bidang yang diceburi.

ini foto request dari kawan-kawan fadilah (maaf ya saya terlupa nama-nama kamu). inilah wajah mereka yang gembira menikmati megi goreng dan teh o ais.
"yes! muka kita masuk majalah!" kata pemuda berkemeja putih itu.

"eh... bukan keluar tv ke?" tanya rakan di sebelahnya.

"masuk blog jelah." saya menjawab sambil tersenyum sumbing.

Monday, June 09, 2008

Wahida

kami (alia, ajat dan aku) di restoran di tepi sungai. tiba-tiba aku teringat pada ida producer rtm tu. kalau tambah lagi seorang mesti bertambah meriah kedai makan tu. lalu aku cuba hubungi dia. rupa-rupanya dia menjadi supir wahida make-up di butik pengantin isma. kemudian idea* ini pun timbul. 10 minit kemudian sebuah toyota avanza berhenti betul-betul di depan meja makan kami. hon dibunyikan. tingkap diturunkan. dan aura pengantin yang bernama wahida itu terbit dan berlegar di hadapan kami. tanpa membuang masa kameraku bekerja. terima kasih ida kerana setuju dengan idea aku. dan minta maaf wahida kerana mencairkan mekap kamu. selamat pengantin baru!

*membawa wahida ke kedai makan di tepi sungai

P I L L O W T A L K

ciko aimi fiza kak inda

Sunday, June 08, 2008

Friday, June 06, 2008

Wedding@Pisya


I went there alone.

I saw nobody.

I took this picture in the midst of crowds.

I ate unaccompanied.

I saw the family's happiness.

I left them.

Thursday, June 05, 2008

f i z a

4 Jun 2008 07:18am

Mataku masih tertutup rapat. Handphone yang berbunyi minta dijawab itu kucapai, kugenggam erat. Nama yang tertera pada skrin itu- IWANIE.

"Hello Wanie..." aku bersuara malas.

"Fiza... Tak gi kelas ke hari ni?" Suara Iwanie agak tinggi, ditambah nada pelik dan perkataan pelik- kelas.

Aku bangun terduduk. "Kelas apa Wanie?"

"Fiza takde kelas ke hari ni??" Suaranya semakin tinggi, dan perkataan pelik itu muncul lagi.

Iwanie hendak mengenakan aku agaknya. Mungkin dia mengharapkan aku akan melompat dari katil dan terus berlari ke bilik air untuk mandi.

"Kelas apa Wanie, kita dah lama grad..." aku bersuara perlahan, dan bibirku tersenyum mengejek.

"Hahh... Alamak Fiza! Wanie silap call la. Wanie nak call Fiza yang selalu tumpang Wanie gi Uitm tu... Sori Fiza!"

Aku ketawa. "Takpe...takpe.."

"Patutle blur je tadi. Sori Fiza... gi lah sambung tidur balik. Sori ye." Iwanie pun ketawa sama.

"Ok Wanie, bye!" Dan aku ketawa lagi dalam pejam yang tidak rapat. Agaknya dalam satu handphone warganegara Malaysia hari ini, berapa purata nama 'Fiza' yang ada. Aku sendiri ada 3 kawan yang bernama 'Fiza'. Common name!

Iwanie!

Wedding@Asmida