Monday, March 09, 2009

my first sandwich

semasa Kak Inda di tingkatan 1, aku masih menuntut di SKAJ di standard 3. pada waktu itu aku begitu fascinated dengan buku-buku sekolah menengah terutama sekali buku teks ERT (ekonomi rumah tangga). pada satu halaman, terdapat resepi-resepi simple yang boleh dipelajari dengan mudah. salah satunya ialah sandwich telur. kerana gambar hiasan pada resepi tersebut begitu menyelerakan maka aku eagerly mahu mencuba. setelah berpenat lelah, maka terhasillah sandwich. aku tidak ingat lagi bagaimana rasanya tetapi aku tidak dapat melupakan bagaimana naive nya aku tidak tahu bagaimana hendak makan sandwich tersebut. kesimpulannya, aku makan roti on top dulu, kemudian makan timun (bukan zucchini), kemudian makan telur yang dilenyek bersama roti kat bawah. bila aku terjumpa this pieces of Calvin and Hobbes, barulah aku tau anak mat saleh macam Susie Derkins pun tak tau cara yang betul nak makan sandwich, apatah lagi aku; anak Mohamad Bin Karim. tapi peduli apa dengan cara bagaimana nak makan, asalkan kita rasa sedap dan puas hati.

*bukan setakat itu, aku juga selalu menulis 'sandwish' instead of sandwich.

2 comments:

ouT oF My MinD said...

sadis gak kwn aku sorang nie...tak sangka. Ko makan beger camna? Satu-satu gak ke...;p

F I Z A F E said...

depan org kene mkn mcm org la, kalau kat rmh mkn le part yg tak sedap dulu eheh